17 November 2008

Day 6:Book Review...


Camar Yang Pergi-Iris Ixora...

Camar Yang Pergi (CYP), karya kedua Kak Iris selepas Damai Kasihku...
CYP mengisahkan seorang gadis Turki bernama Dilara...
dia seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah...
tapi dia juga mempunyai impian dan cita-cita sama seperti orang lain...
ingatlah sesiapa juga berhak memiliki impiannya sendiri...
namun status keluarga yang miskin menyukarkan Dilara menggapai impiannya...

kerana seorang gadis bernama Dilara...
Farouk meninggalkan keluarganya, Orhan menemui cintanya, Ebru merasai kasih sayang seorang kakak, Umut dan Nesye berubah sikap...
hadirnya Dilara dalam kehidupan setiap insan ini membawa sinar namun kehilangannya membawa duka...

sebuah novel yang sarat dengan nilai kekeluargaan...
antaranya kasih sayang seorang abang terhadap adik perempuannya...
oh ya, tentu ramai tertanya-tanya apakah maksud 'Dilara'...
bacalah CYP dan anda akan dapat jawapannya...
tentang Dilara dan konflik yang terpaksa dilaluinya...
dan saya yakin anda akan terkejut dengan penamat kisah ini...
4 bintang untuk CYP...

4 Comments:

  1. Unknown said...
    salam liyana, terima kasih kerana membaca dan membuat review ttg CYP. Kak Iris rasa terharu kerana Liyana sebenarnya 'melihat' apa yang Kak Iris lihat melalui CYP...semoga CYP dapat menyentuh hati setiap pembacanya...terima kasih sekali lagi..:)
    Liyana said...
    kak iris...
    saya buat review berdasarkan apa yang saya rasa...
    dan ni cubaan pertama kali saya buat review novel...
    saya gembira sebab dapat melihat CYP sama seperti dari kaca mata kak iris...
    Unknown said...
    er... nak pinjam :D
    Liyana said...
    ye aku tau...
    ko dah bagitau hari tu...
    nanti sem depan aku bagi pinjam...
    okay??? ;)

Post a Comment